Friday, 23 December 2011

Andai Kau Tahu (Bab 3)

Sayup-sayup kedengaran suara pengunjung berbual-bual dengan kenalan di dalam restoran atas air itu. Ezry sedang duduk berseorangan di kawasan yang agak tersorok daripada orang ramai. Dia membuang pandangannya ke arah laut yang biru. Matanya dipejam rapat, bunyi deruan ombak yang mendayu-dayu menyapa telinganya.

"Ezry?" kedengaran suara Jessica menampar gegendang telinganya.

Perlahan-lahan Ezry membuka matanya. Dia agak terkejut melihat pakaian Jessica yang seperti tidak cukup kain itu. Gaun hitam itu terbelah sehingga ke paras paha mendedahkan betisnya yang putih gebu. Dada dan tangannya juga terdedah. Ezry menggelengkan kepalanya. Dia berdiri dan membuka kotnya lalu memakaikan pada Jessica.

"What's wrong? You don't like it?" Jessica agak terkilan.

"Yes, I hate it. It's too revealing," Ezry melekatkan pandangannya pada menu. Dia tidak sanggup untuk memandang Jessica.

Masing-masing tidak bersuara. Suara pelayan restoran memecah kesunyian di antara mereka. Selepas memesan makanan, Jessica mula bersuara.

"Ezry, about me converting into a Muslim... Can we change it?Instead of me, how about you convert into mine?"

Ezry menepuk meja kuat, "Are you crazy Jessica?! I can't do that. Plus, you already agreed!" Suara Ezry kuat menyapa telinga Jessica.

Jessica tersentak. Dia tidak menyangka bahawa Ezry akan bertindak sedemikian. Dia memandang ke kiri dan kanan, cuba melihat kalau-kalau ada pengunjung yang terdengar bunyi hentakan itu tadi. Mujur tempat mereka sedikit tersorok. Jessica menghembus nafas lega.

"Well I change my mind, okay? Please, think about it okay?" Jessica cuba memegang tangan Ezry tetapi ditepis.

"Not another word Jessica!"

Muka Ezry berubah kemerah-merahan. Dia begitu marah mendengar kata-kata Jessica. Mana mungkin dia akan berpaling daripada agama Islam.


Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]

Ezry memejamkan matanya. Dia teringat akan maksud surah yang baru sahaja dibacanya. Walaupun dia bukanlah seorang yang sangat warak, namun dia tidak akan sesekali murtad. Ezry membuka matanya dan merenung Jessica dengan tajam. Tangannya digenggam kuat. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Selepas dia yakin rasa marahnya sudah berkurangan, dia mula bersuara.


"Jessie.. Why so suddenly?" suara Ezry sudah kembali tenang.


"I can't... I've been thinking about it and I just can't do it. Please, it's not much of different right? Islam and Christian,


Ezry menarik nafas lagi, lebih dalam..

"Jessica, can you please watch your mouth. Don't say something like that so... casually."

"Oh please, Ezry! You make me sick. You rasa you baik sangat ke? Tadi you angkat I semua tu? Ada you fikir?"


"Jessica!" Muka Ezry merah menahan marah.


"I'm sick of you and your preching, I'm going!" Jessica bangun dan membuka kot yang dipakaikan Ezry sebentar tadi.


"Oh, and I don't need this. You're just jelous because everyone is looking at me," Jessica membaling kot itu kepada Ezry dan berlalu pergi.


Ezry meraup mukanya berkali-kali. Dia beristighfar di dalam hati. Ada betul kata Jessica. Perbuatannya memeluk dan mengangkat Jessica petang tadi adalah salah. Ezry bersandar pada kerusi. Mukanya lesu tidak bermaya.


Perlahan-lahan dia bangun dan meminta pelayan restoran itu membungkus semua makanan yang dipesannya tadi. Usai membuat pembayaran, dia masuk ke dalam kereta BMW hitamnya dan meluncur laju pulang ke tempat penginapannya.

Andai Kau Tahu (Bab 2)

Angin yang bertiup lembut menampar-nampar wajahnya. Rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang dibiarkan lepas dihembus angin. Nafas ditarik dalam. Kaki yang sedang diayun perlahan dibiarkan dibasahi air laut. Selepas beberaapa langkah, dia berhenti lalu berpusing menghadap ke laut. Langit yang kemerah-merahan pada waktu senja dipandang.

"Jessica," satu suara yang cukup dikenali menerpa telinganya.

"Ezry, where have you been?" Jessica berpaling menghadap Ezry. Bibirnya dimuncungkan. Merajuk.

"Sorry love," Ezry merangkul pinggang Jessica. Mata Jessica yang biru kehijau-hijauan direnung seperti meminta simpati.

Jessica meleraikan rangkulan Ezry. Dia menapak beberapa langkah. Kasut yang terletak di bawah bangku disarung sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut. Ezry masih berdiri di tempatnya sambil menikmati keindahan alam. Dalam kepala ligat dia memikirkan cara untuk memujuk Jessica. Memang dia yang salah. Janji hendak berjumpa pada jam 4 petang. Tapi sekarang jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 petang. Bayangkan, dua jam lebih dia lewat. Tetapi bukan dia sengaja, kebetulan tadi dia tertidur di biliknya selepas solat Zuhur. Sedar-sedar sudah pukul 6 petang. Hampir berpuluh missed call ditinggalkan Jessica. Kelam kabut dia bersiap untuk datang ke sini.

Sedang dia memikirkan cara untuk melembutkan hati gadis Cina kacukan Belanda, dia terpandang akan sebatang ranting yang dibawa ombak. Ezry melipat hujung seluarnya dan berlari untuk mengambil ranting tersebut. Kemudian dia berjalan ke kawasan yang sedikit jauh dari gigi air laut dan mula melakar sesuatu di atas pasir.

"Jessica, come here!" Jessica bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke sebelah Ezry. Dia memandang Ezry dengan penuh tanda tanya. Ezry menghalakan jari tulunjuknya ke bawah.





"I love you Jessie and I'm sorry?" bisik Ezry sambil memeluk Jessica dari belakang.

Jessica menguap, "This is so typical Ezry. Can't you do something better?"

Ezry meleraikan pelukannya. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, mencari idea.

"Oh, you want something better eh?" Ezry memandang Jessica nakal.

"Ehem.. I LOVE YOU JESSICA!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Ezry menjerit dengan sekuat-sekuat hati membuatkan pengunjung di situ menoleh ke arah mereka. Ada yang membuat muka menyampah, ada yang menggelengkan kepala dan ada juga yang tersenyum.

Mata Jessica terbeliak memandang Ezry. Dia tidak sangka Ezry akan buat perkara yang memalukan seperti itu. Jessica menampar kuat lengan Ezry, "Ez, are you crazy?! You're embarassing me!"

Ezry menggosok-gosok lengannya yang terasa pedih dek tamparan Jessica. Merah tangan aku dibuatnya.

"You ni, first you  lambat, and now this? I'm going back to my room!" Jessica melangkah pulang ke tempat penginapannya.

"Aaaaaaaa!!!!!!!!! Ezry!!!!!" Jessica menjerit sebaik sahaja dia terasa badannya melayang di udara. Ezry mengendong Jessica dan berjalan ke arah gigi air.

"Do you want to forgive me or not?" Ezry tersenyum nakal.

Kelam-kabut Jessica apabila Ezry cuba mencampaknya ke dalam air, "Ye, ye! I maafkan you! and believe me, I tak nak merajuk dengan you dah!"

Sebaik sahaja Ezry ingin mencampak Jessica ke dalam air, dia terdengar suara azan berkumandang dari masjid yang berdekatan. Dia menurunkan Jessica dan meraup-raup mukanya. Ezry seakan-akan baru sedar akan perbuatannya. Dia beristighfar di dalam hati.

"Jess.. I nak pergi solat. You wanna come?" Ezry seperti memujuk Jessica.

"Ezry, please don't force me? I need time."

"Alright then. I'm going back to my room. Nak siap. I'm wet! You better go too, I'm taking you to dinner," Ezry memandang Jessica sekilas sebelum berlalu pergi.

"I'm sorry but I can't," kata-kata Jessica hanya Tuhan sahaja yang dengar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...