Wednesday, 21 December 2011

KLIA (3)

"Okay papa, Leah ingat semua pesan papa. Papa ni bagi nasihat macam Leah nak pergi oversea je" kata Aleah kepada papanya yang dari tadi tidak henti-henti memberikan nasihat kepada anak emasnya itu. 

Sejak arwah isterinya meninggal dunia lima tahun yang lalu, Encik Emran lah bapa dan Encik Emran jugalah ibu kepada Aleah. Tidak dapat dinafikan Aleah sangat manja dengan Encik Emran.

" Leah tu kena ingat, Leah tu perempuan, anak dara pulak tu. Zaman sekarang ni bahaya Leah" Encik Emran mengingatkan satu-satunya anak perempuannya.

" Leah janji dengan papa, Leah akan ingat semua pesan papa. Okay?" balas Aleah sambil meraih tangannya papanya.

" Papa tahu Leah boleh jaga diri.Kalau ada siapa-siapa nak kacau Leah, Leah call je papa. Papa terus fly ke Sabah" Encik Emran menggenggam tangan anaknya erat-erat, seperti tidak mahu melepaskan anaknya pergi bercuti di Sabah bersama rakan-rakannya.Memandangkan Aleah baru sahaja tamat peperiksaan SPM,dia berasa bersalah pula jika tidak memberikan keizinan kepada anaknya itu. Jika ikutkan hati, Aleah tidak akan ke Sabah hari ni...

"Papa, dah lewat ni" Aleah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan papanya. Encik Emran terus memeluk anaknya.

Selepas bersalam, dia bergegas ke balai berlepas sambil menolak troli yang telah diletakkan begnya.

Aleah melajukan langkahnya, tetapi fikirannya menerawang. Tiba-tiba dia berasa bimbang akan ayahnya yang kini tinggal di rumah keseorangan.

Gedebush!!! 

Troli kepunyaan Aleah melanggar sebuah troli lain.

"MasyaAllah! Maaf encik saya tak sengaja" ujar Aleah kepada pemuda yang sedang memandangnya.

" Takpelah cik, saya faham" balas Emir.

" Apa yang dia ni faham?" bisiknya dalam hati.

"Okaylah, cik. Saya ciao dulu!" sambung Emir.

"Ciao?" Aleah tidak pernah mendengar perkataan itu sebelum ini. Bahasa apa tu?

" Apa cik?" Emir memusingkan kembali badannya menghadap gadis yang berbadan kecil di hadapannya itu.

"Ha? Eh, takde apa-apa" Pantas Aleah menjawab.

"Eh, dia ni dengar pulak. Kuat sangat ke aku cakap tadi?" Gumamnya dalam hati.

"Okay.." Emir meneruskan perjalanannya.

p/s Siapa nama dia? ... :)
     (aleah)

     Apalah, ciao pun tak tahu. Dia ni duduk kat pedalaman mana?
     Lepas tu berangan pulak tu tadi....hmmm...
     (emir)

KLIA (2)

Kedengaran lagu Mr. Saxobeat nyanyian Alexandra Stan dimainkan oleh telefon bimbit Emir.

"Aahh!! malasnya nak bangun! Mengantuk dowh.." gumam Emir seorang diri.

Tangannya pantas mematikan alarm telefon bimbitnya.

Emir mengagahkan juga dirinya untuk membuka mata dan bangun. Jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia kembali menyambung mimpinya yang terhenti sebentar tadi.

"Kang lewat tak pasal-pasal kena bebel dengan Izz" bisik hati kecil Emir. Dia terus mencapai tualanya dan bergegas ke bilik air.

Emir teringat kembali perbualannya dengan Izz malam kelmarin.

"Wei, esok kita check in pukul 9 lebih-lebih, so kita jumpa dekat KLIA pukul lapan, boleh?" Izz bersuara sambil tangannya busy dengan iPADnya. Entah apa yang dibuatnya.

"Hmm..beres!" balas Emir, bersemangat. Sudah lama dia tidak ke Sabah. Apalah yang dah jadi dengan negeri di bawah bayu ini.

"Amboi, semangat nampak!" Ada apa-apa ke?" Izz mematikan iPADnya.

"Banyaklah kau! Dahlah aku nak blah dulu, assalamualaikum!" Emir terus bangun.

"Lek lah, aku main-main je dowh. Air kau pun tak habis lagi" Izz memujuk.

"Aku tak packing lagi lah, dahlah ciao!"Emir pantas keluar daripada kedai mamak kegemaran mereka itu. Entah apa yang special sangat dekat kedai tu.

" Apa dowh, sanggup dia meninggalkan aku seorang diri di kedai mamak ini?" Izz bercakap sendiri.

Emir mengangkat begnya ke tingkat bawah. Matanya melilau mencari seseorang.

"Mir dah siap?" tanya Puan Sarimah.

Emir terkejut."Ya Allah! Umi ni buat terkejut Mir jelah" Emir mengusap-usap dadanya.

Puan Sarimah sibuk menyediakan sarapan di dapur, Dia menjenguk dari dapur.

"Laa, sorrylah mir. Umi salah tak bagi salam dulu" Puan Sarimah hanya tersenyum.

" Takpelah umi, umi mana abang Zarif? Mir dah lambat ni" tanya Emir kepada uminya.

"Dia tengah bersiap lah tu agaknya, kalau ye pun lambat, marilah sarapan dulu" balas Puan Sarimah lembut.

" Yelah umi, nak check barang ni kejap. Kot-kot ada yang tertinggal"

"Nanti panggil abang Zarif kamu sekali ya!" Puan Sarimah kembali membancuh teh panas yang terhenti sebentar tadi.

KLIA (1)


perlukah kita bertemu dan berpisah di sini?


"Papa, lajulah sikit bawa kereta ni! Leah dah lambat ni, takut tak sempat check in"

Aleah seperti cacing kepanasan, tidak senang duduk.

"Menyesalnya aku bangun lewat pagi ni. Tulah pandai sangat tidur lewat malam tadi. Tapi nak buat macam mana ada movie best semalam". Bisiknya dalam hati. Aleah mengingati semula filem yang ditontonnya semalam, filem cinta.

"Dah laju ni, mana boleh laju lagi, nanti langgarlah kereta-kereta dekat depan ni" Ujar Encik Emran dengan nada gurauan.

Tiba-tiba...

"Aahh!!!"

Kereta yang dipandu Encik Emran dibrek secara mengejut menyebabkan Aleah terdorong ke hadapan.

"Papa! kenapa papa brek mengejut ni? Nasib baik Leah sempat pegang cushion kerusi ni, kalau tidak Leah dah sampai ke depan tau" Hati Aleah seperti hendak luruh. Dia mengusap-ngusap dadanya.

"Kereta kat depan ni, boleh pulak dia brek tiba-tiba. Nasib baik sempat brek" balas Encik Emran.

"Alhamdulillah tak jadi apa-apa, kalau tak... " Encik Emran membayangkan keadaan keretanya jika dia tidak sempat memberhentikan keretanya. Ataupun mereka mungkin akan cedera. Syukur-syukur..

"Leah, cuba duduk diam-diam,dah macam lintah kepanasan papa tengok. Ni tak, dahlah tak pakai seatbelt. Tu yang nak 'terbang' ke depan tadi" Encik Emran menegur.

"Papa, bukan lintah lah, cacing! Apalah papa ni" Aleah cuba menahan ketawanya daripada meletus, bimbang papanya terasa hati.

"Okay, Leah nak pakailah ni. Sorrylah papa, jangan marah eh?" Ujar Aleah dengan nada yang agak manja.

"Bila pulak papa pernah marah Leah. Leah kan intan payung papa" Balas Encik Emran sambil menyambung kembali pemanduannya yang terhenti sebentar tadi.

Aleah hanya menghadiahkan segaris senyuman kepada papanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...