Sedar tak sedar, sudah dua tahun Airy dan Qasya bertunang. Lima bulan lagi, mereka akan diijabkabulkan.
Qasya dan Airy sedang membelek baju-baju pengantin yang tergantung cantik di dalam Butik Seri Ayu.
"Airy rasa yang ni cantik tak?" Qasya mengambil sepasang baju kebaya yang telah menarik perhatiannya sejak pertama kali dia menjejakkan kakinya ke butik tersebut.
"Cantik! Pink, sesuai sangat dengan Qasya. Sweet! Excuse me, Miss. Boleh tak dia nak try baju ni?" Airy memanggil pekerja butik itu.
"Boleh. Mari Cik. Saya bawa Cik ke bilik persalinan" Qasya mengekori wanita yang berumur dalam lingkungan 20-an itu.
Kemudian Airy menyambung semula kerjanya, iaitu membelek baju. Tiba-tiba dia didatangi seorang wanita yang sudah agak berumur.
"Berapa lama dah bertunang?" tanya wanita itu.
Airy yang terpinga-pinga dengan kehadiran wanita itu menjawab , "Errr.. Dah lama juga, lebih kurang dua tahun."
"Tak elok bertunang lama-lama. Nanti terlepas," wanita itu seakan-akan memberi amaransebelum dia berlalu pergi.
Airy hairan dengan kehadiran wanita misteri itu. Dia cuba untuk tidak memikirkan tentang kata-kata wanita itu walaupun ada benarnya.