Sedar tak sedar, sudah dua tahun Airy dan Qasya bertunang. Lima bulan lagi, mereka akan diijabkabulkan.
Qasya dan Airy sedang membelek baju-baju pengantin yang tergantung cantik di dalam Butik Seri Ayu.
"Airy rasa yang ni cantik tak?" Qasya mengambil sepasang baju kebaya yang telah menarik perhatiannya sejak pertama kali dia menjejakkan kakinya ke butik tersebut.
"Cantik! Pink, sesuai sangat dengan Qasya. Sweet! Excuse me, Miss. Boleh tak dia nak try baju ni?" Airy memanggil pekerja butik itu.
"Boleh. Mari Cik. Saya bawa Cik ke bilik persalinan" Qasya mengekori wanita yang berumur dalam lingkungan 20-an itu.
Kemudian Airy menyambung semula kerjanya, iaitu membelek baju. Tiba-tiba dia didatangi seorang wanita yang sudah agak berumur.
"Berapa lama dah bertunang?" tanya wanita itu.
Airy yang terpinga-pinga dengan kehadiran wanita itu menjawab , "Errr.. Dah lama juga, lebih kurang dua tahun."
"Tak elok bertunang lama-lama. Nanti terlepas," wanita itu seakan-akan memberi amaransebelum dia berlalu pergi.
Airy hairan dengan kehadiran wanita misteri itu. Dia cuba untuk tidak memikirkan tentang kata-kata wanita itu walaupun ada benarnya.
**********************************************************************************
"Airy suka tak warna yang Sya pilih tu? Sya rasa bersalah pula."
"Suka. Suka sangat!"
"Betul ni? Kalau macam tu, alright then! Jom pergi makan, lapar lah." Qasya tersenyum, senang mendengar jawapan Airy.
Qasya menyuap chezzy wedgesnya ke dalam mulut manakala Airy langsung tidak menyentuh makanannya. Dia asyik termenung sejak balik dari butik tadi. Wajahnya sugul. Dia merenung wajah manis Qasya.
"Sya, makanlah perlahan sikit. Habis comot. Sampai ke hidung pula tu. Dia ni bab makan nombor satu tau." Airy mengambil sehelai tisu dan cuba untuk mengelap mulut Qasya yang comot dengan sos keju.
Qasya menjauhkan dirinya. Dia merenung tajam muka Airy. Sudah berkali-kali dia memesan kepada Airy supaya menjaga kelakuannya. Dia tidak mahu Airy menyentuhnya selagi mereka belum berkahwin.
"Airy ni, Sya tak suka lah!"
"Sorry, sorry! Airy just nak tolong. Terlupa pula yang kita belum kahwin," Airy tersengih seperti kerang busuk.
"Comel lah tu?" Qasya menjeling.
"Qasya... Kita cepatkan tarikh perkahwinan kita boleh? Next month?"
"Airy ni, sabarlah. Final exam Sya dah nak dekat. Qasya kena tumpukan perhatian. Sabarlah ya? Lima bulan lagi," Qasya cuba memujuk
"Hurmm.. Yelah." Airy sedar bahawa sedikit sebanyak dia termakan dengan kata-kata wanita di butik tadi.
"Senyum lah sikit, Airy. Sya tak pergi mana-mana pun lah. Sya akan tetap jadi isteri Airy. Lagi pun, siapalah nak dekat kita ni. Makan pun gelojoh. Tak macam perempuan lain. Macam manalah Airy boleh suka dekat Sya?"
"Sebab Sya kuat makanlah Airy suka. Nanti Sya makan banyak-banyak. Jadi tembam! Mesti sedap je nak peluk. Gebu!" Airy mengenyitkan matanya, nakal.
Muka Qasya merah seperti buah tomato, "Hish! Ke situ pula dia. Dah makan cepat. Lepas ni kita nak pergi cari barang hantaran pula."
Airy tergelak. Dia tak tahan melihat muka Qasya yang kemerah-merahan itu. Qasya mengetap bibirnya. Geram kerana Airy mengetawakannya. Wedges yang sudah tinggal separuh di tangannya dibaling ke muka Airy. Malangnya, Airy sempat mengelak dan wedges itu terkena tepat ke muka seorang lelaki.
Qasya menundukkan mukanya. Dia takut. Dia tidak berani hendak memandang muka lelaki itu. Ketawa Airy semakin kuat.
'Tak guna punya lelaki, bukannya nak tolong aku!' bisik Qasya di dalam hati.
"Cik, saya rasa ni kepunyaan Cik kan?" lelaki yang menjadi mangsa balingan Qasya meletak wedges yang dibaling Qasya tadi betul-betul di depannya. Qasya malu.
"Cik, makanan tu rezeki. Janganlah buat dibaling," kata lelaki itu sebelum berlalu pergi.
Qasya meraup mukanya. Dia bangun dan mengejar lelaki tadi lalu meminta maaf. Lelaki itu senyum dan menganggukkan kepalanya.
Qasya balik ke mejanya di mana Airy sedang menghabiskan sisa tawanya. Qasya menepuk meja dengan kuat. Dia marah pada Airy. Dia mengambil burger yang masih berbungkus dan dimasukkan ke dalam begnya. Kemudian, dia berlalu pergi meninggalkan Airy.
Airy bangun dan mengejar Qasya, "Sya, janganlah macam ni. Airy minta maaf."
"Sya tak nak kawan dengan Airy dah. Airy kejam buat Sya macam tu. Sya malu tau!"
"Alaaa.. Airy tak dapat tahan. Lawak sangat tadi. Sya tak tengok muka lelaki tadi ke?" Airy masih tidak dapat menahan rasa geli hati.
"Mestilah Sya tengok. Depan mata Sya. Muka dia nampak terkejut sangat. Dahlah dia tengah sedut air, terus tersedak," Qasya turut ketawa selapas mengimbas kembali kejadian tadi. Dia terlupa akan kemarahannya terhadap Airy.
"Lagi satu Sya, Sya ni teruk tau. Marah kat Airy konon. Tapi sempat lagi dia ambil burger dia."
"Mestilah, mahal tau burger tu. Airy apa tau? Airy kaya, tak macam Sya," balas Qasya, selamba.
Airy geram, "Eeeeee, saja je. Airy tak suka Sya cakap macam tu. Kita sama je Qasya. Kaya ke, miskin ke. Kita ni masih hamba Allah. Tak ada bezanya. Duit tu tak membawa apa-apa makna. Ada guna ke duit kalau Iman tak ada?"
"Yelaa Ustaz Airy, Sya minta maaf ya? Airy tak sempat makan kan tadi? Jomlah, Sya bagi Airy burger Sya setengah," Qasya mempelawa
"Okay, jom kita duduk dekat situ," Airy mempercepatkan langkahnya.
Dalam diam, Airy berdoa agar hubungan mereka berkekalan. Amin.
No comments:
Post a Comment