1997
"Awaaaaak!!!! Tunggu!!" seorang lelaki sedang mengejar seorang perempuan. Perempuan tersebut berada dalam keadaan ketakutan.
"Pergilah! Jangan kejar saya! Saya tak kenal awak! Tolong!!" perempuan itu menjerit meminta tolong. Dia berlari dengan laju sehingga ke jalan mati. 'Mampus aku, jalan mati pula!' Dia cuba untuk berpatah balik. Tetapi, malang sekali, lelaki tersebut berada betul-betul di belakangnya. Lelaki itu tunduk mengambil nafas. Barangkali penat kerana berlari.
"Lajunya awak lari. Penat saya nak....... Aduh!!" Lelaki itu mengerang kesakitan kerana disepak dicelah kelangkang oleh perempuan yang dikejarnya. Dia terduduk menahan kesakitan.
"Kau nak apa?! Kenapa kau kejar aku?!" Perempuan itu memberanikan diri. Dia berada dalam keadaan kekuda, bersedia untuk membuka langkah jika lelaki itu cuba mengambil kesempatan.
"Ni.. Do..mpet awak. A...wak terting..gal de...de..kat ke..las," kata lelaki itu tersekat-sekat kerana terlalu sakit sambil menghulurkan dompet bewarna biru laut.
'Hah? Dompet aku??' Perempuan itu terkejut. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket. 'Betullah, tak ada!'
"Errr.. terima kasih.....err.. siapa nama awak?" Perempuan itu mengambil dompetnya sambil tersengih-sengih.
"Qasya, awak tak kenal saya ke? Sampai hati awak. Kita sama kelas dah dekat lima bulan," lelaki itu mendongak memandang Qasya. Matanya berair. Sakit.
"Airy??!!" Qasya separuh menjerit. 'Airy Ariffyn??!!' Qasya sambung menjerit di dalam hati.
"Penat saya kejar awak. Nak pulangkan dompet. Pastu free free kena sepakan maut awak. Kalau saya mandul nanti awak kena bertanggungjawab! Awak kena kahwin dengan saya. Biar padan muka awak tak dapat anak," Airy memandang Qasya dengan serius.
"Alaaaa... Janganlah macam tu. Saya... Saya tak sengaja. Salah awak juga sebab tiba-tiba kejar saya. Mestilah saya lari. Saya perempuan, awak lelaki. Saya tak perasan muka awak. Saya ingat awak orang jahat. Saya lari lah. Awak tak boleh lah nak paksa saya nak kahwin dengan awak. Saya tak nak.. Saya nak belajar pandai-pandai dulu. Lagipun, saya sepak tak adalah kuat sangat," Qasya membalas kata-kata Airy tanpa rasa bersalah.
Muka Airy semakin merah. "Qasya Hanaa, awak kata tak kuat?! Awak nak saya sepak awak dekat tempat yang sama?!"
"Eeee, sepak perempuan. Tak malu ke? Lagipun, mak saya ajar. Kalau ada orang nak ambil kesempatan dekat kita, kita sepak celah kelangkang dia," Qasya menerangkan kepada Airy sambil membuat gaya. Tanpa dia sedari, dia tersepak ranting kayu lalu terjatuh ke tanah.
"Aaaaah!!" Qasya menjerit.
Melihat kejadian itu, Airy tergelak terbahak-bahak. Dia menekan perutnya kerana terlalu kelakar. Matanya berair kerana gelak terlalu kuat.
"Hoi, tak ada adab ke? Tahu tak gelak kuat-kuat tak elok. Keluar semua ilmu. Tu lah, masa ustaz mengajar, dia buat tahi mata dekat belakang," Qasya memarahi Airy. Qasya bangun lalu menepuk-nepuk belakang baju sekolahnya yang berdebu.
Airy menutup mulutnya. Malu. 'Tak guna, dia kutuk aku,' bisik hati Airy.
"Tu lah, sepak orang lagi. Padan muka!" Airy mengenakan Qasya semula.
"Berdendam tu tak baik. Tak apa, disebabkan saya ni baik. Saya nak minta maaf dan terima kasih sebab pulangkan dompet saya. Banyak barang berharga dalam ni." Qasya membuka dompetnya, dan memeriksa jika terdapat barang yang hilang.
Airy memandang Qasya dengan muka menyampah, 'baik la sangat!'
"Qasya, awak ni dalam kelas pendiam tapi dekat luar, mulut macam...burung belatuk," Airy memerli Qasya.
"Alah, awak tu. Dalam kelas macam murai, kat luar pun sama!" balas Qasya.
"Tengok tu, menjawab! Dahlah, jom balik," Airy menghulur tangannya kepada Qasya.
Qasya memandang tangan Airy dengan pelik, "Apa ni?"
"Saya pimpin awak, kaki awak sakit kan?" Airy memandang kaki Qasya yang merah.
"Amboi, amboi, amboi! Banyak cantik! Encik Airy, saya sarankan awak pergi ke kelas agama. Belajar balik dari asas. Siapa yang bagi kebenaran dekat awak untuk pegang orang yang bukan muhrim? Ish.. Dah la, tepi sikit! Saya nak balik. Kalau awak nak tolong sangat, bawak kasut saya yang dah koyak tu," Qasya menghalakan jari telunjuknya ke arah kasut sekolahnya yang berada agak jauh dari mereka.
"Hah? Macam mana boleh sampai situ?" Airy memandang kasut Qasya dengan pelik.
"Memang sempat lah saya nak tengok macam mana kasut tu terpelanting sampai situ masa saya jatuh tadi," kata Qasya dengan sinis.
"Humph, singa. Nak minta tolong lepas tu marah-marah," suaranya diperlahankan. Takut jika didengari Qasya.
"Apa awak cakap?!" Qasya yang terdengar perkataan 'singa' daripada mulut Airy memandang Airy dengan pandangan yang tajam.
"Takda apa-apa lah!" Airy mengutip kasut Qasya dan berlalu pergi. 'Dia dengarlah pula!'
No comments:
Post a Comment