Wednesday, 21 December 2011

KLIA (3)

"Okay papa, Leah ingat semua pesan papa. Papa ni bagi nasihat macam Leah nak pergi oversea je" kata Aleah kepada papanya yang dari tadi tidak henti-henti memberikan nasihat kepada anak emasnya itu. 

Sejak arwah isterinya meninggal dunia lima tahun yang lalu, Encik Emran lah bapa dan Encik Emran jugalah ibu kepada Aleah. Tidak dapat dinafikan Aleah sangat manja dengan Encik Emran.

" Leah tu kena ingat, Leah tu perempuan, anak dara pulak tu. Zaman sekarang ni bahaya Leah" Encik Emran mengingatkan satu-satunya anak perempuannya.

" Leah janji dengan papa, Leah akan ingat semua pesan papa. Okay?" balas Aleah sambil meraih tangannya papanya.

" Papa tahu Leah boleh jaga diri.Kalau ada siapa-siapa nak kacau Leah, Leah call je papa. Papa terus fly ke Sabah" Encik Emran menggenggam tangan anaknya erat-erat, seperti tidak mahu melepaskan anaknya pergi bercuti di Sabah bersama rakan-rakannya.Memandangkan Aleah baru sahaja tamat peperiksaan SPM,dia berasa bersalah pula jika tidak memberikan keizinan kepada anaknya itu. Jika ikutkan hati, Aleah tidak akan ke Sabah hari ni...

"Papa, dah lewat ni" Aleah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan papanya. Encik Emran terus memeluk anaknya.

Selepas bersalam, dia bergegas ke balai berlepas sambil menolak troli yang telah diletakkan begnya.

Aleah melajukan langkahnya, tetapi fikirannya menerawang. Tiba-tiba dia berasa bimbang akan ayahnya yang kini tinggal di rumah keseorangan.

Gedebush!!! 

Troli kepunyaan Aleah melanggar sebuah troli lain.

"MasyaAllah! Maaf encik saya tak sengaja" ujar Aleah kepada pemuda yang sedang memandangnya.

" Takpelah cik, saya faham" balas Emir.

" Apa yang dia ni faham?" bisiknya dalam hati.

"Okaylah, cik. Saya ciao dulu!" sambung Emir.

"Ciao?" Aleah tidak pernah mendengar perkataan itu sebelum ini. Bahasa apa tu?

" Apa cik?" Emir memusingkan kembali badannya menghadap gadis yang berbadan kecil di hadapannya itu.

"Ha? Eh, takde apa-apa" Pantas Aleah menjawab.

"Eh, dia ni dengar pulak. Kuat sangat ke aku cakap tadi?" Gumamnya dalam hati.

"Okay.." Emir meneruskan perjalanannya.

p/s Siapa nama dia? ... :)
     (aleah)

     Apalah, ciao pun tak tahu. Dia ni duduk kat pedalaman mana?
     Lepas tu berangan pulak tu tadi....hmmm...
     (emir)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...