"Pramugari tu cun dowh" Izz berbisik kepada Emir sambil matanya tidak berkelip memandang pramugari yang berada di hadapan Emir.
Emir hanya menggelengkan kepala. Sempat pulak nak menggatal.
"Cun kau kata? Baju macam tak cukup kain aku tengok.." Emir membalas selepas dia berjalan meninggalkan pramugari yang dikatakan cantik oleh rakannya itu.
"Alah, yang kau serius sangat ni kenapa? Aku main-main jelah. Lagipun dia bukan taste aku. By the way, aku suka perempuan yang pakai tudung, lemah lembut, alah macam dalam Ustazah Pilihan tu..." balas Izz sambil meletakkan beg sandangnya dalam tempat penyimpanan yang telah disediakan.
Erk!
" Bila masa pulak taste dia bertukar ni? Kau ni sihat ke tak, Izz? Emir berkata dalam hatinya sambil kening sebelah kanannya diangkatkan.
"Aku tak tanya kau pun ciri-ciri wanita idaman kau and aku tak nak tahu pun" balas Emir yang malas ingin melayan kerenah Izz. Emir terus duduk di tempat duduknya bersebelahan Izz.
"Amboi, cakap tu biar berlapik sikit bro.Apahal dengan kau ni ? Macam stress je aku tengok. Mood pun macam tak stabil. Kau datang bulan eh?" Izz memandang wajah rakannya itu yang sedikit berkerut.
"Ya Allah, bantulah hambaMu ini, kenapalah dengan kawan aku yang seorang ni..."
"Woi, kau ingat aku ni apa? Aku lelaki sejati bro..dah-dah, kau jangan nak melalut tak tentu pasal" ujar Emir sambil matanya menangkap satu wajah yang seperti pernah dilihat sebelum ini.
Dia cuba untuk mengingati siapakah wanita yang sedang berjalan ke arahnya itu.
" Pakai seledang purple...hmm..nak kata ala-ala Hana Tajima tak jugak.. Tak tahulah fesyen siapa dia ikut. Hana Taji lain kot..pakai t-shirt putih, corak .. jap-jap, bukan corak but tulisan. I'M SINGLE??!! Perlu ke dia nak beritahu semua orang yang dia tu single? Macam takde t-shirt lain. Pakai jeans hitam...HAH! Dah ingat. Dia ni yang langgar aku. Eh, kenapa dia macam menuju ke arah aku?" Emir mengomel dalam hati. Matanya beralih kepada tempat duduk di sebelahnya yang masih kosong.
Janganlah................
"Weh, ada perempuan duduk sebelah kau. Untunglah..." bisik Izz kepada Emir.
Emir hanya menunjukkan muka hairannya kepada Izz.
"Banyaklah kau punya untung" Emir berbisik pula kepada Izz. Izz hanya menahan dirinya daripada ketawa.
"Dia ni selamba je duduk. Bagilah salam ke, hai ke. Ni tak.." Rungut Emir dalam hati.
" Ni yang aku tak suka ni. Mesti perempuan ni tengah mengata aku. Dia ingat aku tak dengarlah tu" gumam Emir dalam hatinya sambil memandang wanita di sebelahnya itu.
Emir menelan air liurnya.
" Takpe, saya faham.." ujar Emir.
" Dia ni cubalah duduk diam-diam. Tengok dah terpegang tangan aku. Batal air sembahyang dowh, tapi aku takde air sembahyang pun..hehe..Janganlah Izz ni nampak" omelnya sendiri, tanpa ada suara.
Muka Emir mula bertukar menjadi merah padam.. Segan!
"Perempuan ni not bad lah.. Agak lawa.. Tapi bukan taste aku kot" bisik Izz lagi. Emir tidak membalas kata-kata rakannya itu.Emir mengetatkan seatbeltnya sambil matanya ralit memandang ke arah hadapan pesawat di mana pramugari sedang menunjukkan demontrasi keselamatan.
Dua minit kemudian....
Flight attendant please ready for departure....
Pesawat yang dinaiki mereka mula bergerak laju kerana pesawat akan berlepas sebentar sahaja lagi.
Emir meletakkan tangannya di atas tempat pemegang bersebelahan kerusinya.
"Aahh!!"
Semua mata di dalam pesawat itu mula beralih, memandang tepat ke arah empunya suara.
"Apa dia ni? Dia yang letak tangan atas tangan aku lepas tu dia yang menjerit" gumam Emir perlahan dan dia mula berasa tidak selesa kerana semua orang sedang memerhatikan mereka.
"Awak buat apa kat dia?" tanya seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an yang duduk di barisan tempat duduk yang bersebelahan dengan barisan tempat duduk Emir.
" Puan jangan fikir bukan-bukan. Saya tak buat apa-apa pun. Dia yang...." Ujar Emir bersungguh.
" Puan, dia tak buat apa-apa pun. Saya minta maaf sebab mengejutkan puan dan semua orang" potong Aleah.
Emir mencebikkan bibirnya.
"Tahu pun malu. Tak pasal-pasal orang ingat aku nak buat benda tak baik kat perempuan ni. Jatuh image aku!" kata Emir dalam hati.
" Encik, saya minta maaf. Saya tak tahu encik pun letak tangan kat sini jugak" ujar Aleah kepada Emir dengan perasaan malu yang menebal dalam dirinya. Sabar jelah...
"Takpe,saya tahu cik tak sengaja..." Emir membalas dengan muka yang dimaniskan.
p/s Ni apa main 'terpegang-terpegang' tangan ni?
( Emir Luqman )
Macam mana aku boleh terpegang tangan dia lagi? Dahlah aku terjerit tadi..Huhu.. :(
( Aleah Sofiyya )
No comments:
Post a Comment