Sunday, 25 December 2011

KLIA (5)

"Pramugari tu cun dowh" Izz berbisik kepada Emir sambil matanya tidak berkelip memandang pramugari yang berada di hadapan Emir.

Emir hanya menggelengkan kepala. Sempat pulak nak menggatal.

"Cun kau kata? Baju macam tak cukup kain aku tengok.." Emir membalas selepas dia berjalan meninggalkan pramugari yang dikatakan cantik oleh rakannya itu.

"Alah, yang kau serius sangat ni kenapa? Aku main-main jelah. Lagipun dia bukan taste aku. By the way, aku suka perempuan yang pakai tudung, lemah lembut, alah macam dalam Ustazah Pilihan tu..." balas Izz sambil meletakkan beg sandangnya dalam tempat penyimpanan yang telah disediakan.

Erk!

" Bila masa pulak taste dia bertukar ni? Kau ni sihat ke tak, Izz? Emir berkata dalam hatinya sambil kening sebelah kanannya diangkatkan.

"Aku tak tanya kau pun ciri-ciri wanita idaman kau and aku tak nak tahu pun" balas Emir yang malas ingin melayan kerenah Izz. Emir terus duduk di tempat duduknya bersebelahan Izz.

"Amboi, cakap tu biar berlapik sikit bro.Apahal dengan kau ni ? Macam stress je aku tengok. Mood pun macam tak stabil. Kau datang bulan eh?" Izz memandang wajah rakannya itu yang sedikit berkerut.

"Ya Allah, bantulah hambaMu ini, kenapalah dengan kawan aku yang seorang ni..."

"Woi, kau ingat aku ni apa? Aku lelaki sejati bro..dah-dah, kau jangan nak melalut tak tentu pasal" ujar Emir sambil matanya menangkap satu wajah yang seperti pernah dilihat sebelum ini.

Dia cuba untuk mengingati siapakah wanita yang sedang berjalan ke arahnya itu.

" Pakai seledang purple...hmm..nak kata ala-ala Hana Tajima tak jugak.. Tak tahulah fesyen siapa dia ikut. Hana Taji lain kot..pakai t-shirt putih, corak .. jap-jap, bukan corak but tulisan. I'M SINGLE??!! Perlu ke dia nak beritahu semua orang yang dia tu single? Macam takde t-shirt lain. Pakai jeans hitam...HAH! Dah ingat. Dia ni yang langgar aku. Eh, kenapa dia macam menuju ke arah aku?" Emir mengomel dalam hati. Matanya beralih kepada tempat duduk di sebelahnya yang masih kosong.

Janganlah................

"Weh, ada perempuan duduk sebelah kau. Untunglah..." bisik Izz kepada Emir.

Emir hanya menunjukkan muka hairannya kepada Izz.

"Banyaklah kau punya untung" Emir berbisik pula kepada Izz. Izz hanya menahan dirinya daripada ketawa.

"Dia ni selamba je duduk. Bagilah salam ke, hai ke. Ni tak.." Rungut Emir dalam hati.

" Ni yang aku tak suka ni. Mesti perempuan ni tengah mengata aku. Dia ingat aku tak dengarlah tu" gumam Emir dalam hatinya sambil memandang wanita di sebelahnya itu.

Emir menelan air liurnya.

" Takpe, saya faham.." ujar Emir.

" Dia ni cubalah duduk diam-diam. Tengok dah terpegang tangan aku. Batal air sembahyang dowh, tapi aku takde air sembahyang pun..hehe..Janganlah Izz ni nampak" omelnya sendiri, tanpa ada suara.

Muka Emir mula bertukar menjadi merah padam.. Segan!

"Perempuan ni not bad lah.. Agak lawa.. Tapi bukan taste aku kot" bisik Izz lagi.  Emir tidak membalas kata-kata rakannya itu.Emir mengetatkan seatbeltnya sambil matanya ralit memandang ke arah hadapan pesawat di mana pramugari sedang menunjukkan demontrasi keselamatan.

Dua minit kemudian....

Flight attendant please ready for departure....

Pesawat yang dinaiki mereka mula bergerak laju kerana pesawat akan berlepas sebentar sahaja lagi.

Emir meletakkan tangannya di atas tempat pemegang bersebelahan kerusinya.

"Aahh!!"

 Semua mata di dalam pesawat itu mula beralih, memandang tepat ke arah empunya suara.

"Apa dia ni? Dia yang letak tangan atas tangan aku lepas tu dia yang menjerit" gumam Emir perlahan dan dia mula berasa tidak selesa kerana semua orang sedang memerhatikan mereka.

"Awak buat apa kat dia?" tanya seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an yang duduk di barisan tempat duduk yang bersebelahan dengan barisan tempat duduk Emir.

" Puan jangan fikir bukan-bukan. Saya tak buat apa-apa pun. Dia yang...." Ujar Emir bersungguh.

" Puan, dia tak buat apa-apa pun. Saya minta maaf sebab mengejutkan puan dan semua orang" potong Aleah.

Emir mencebikkan bibirnya.

"Tahu pun malu. Tak pasal-pasal orang ingat aku nak buat benda tak baik kat perempuan ni. Jatuh image aku!" kata Emir dalam hati.

" Encik, saya minta maaf. Saya tak tahu encik pun letak tangan kat sini jugak" ujar Aleah kepada Emir dengan perasaan malu yang menebal dalam dirinya. Sabar jelah...

"Takpe,saya tahu cik tak sengaja..." Emir membalas dengan muka yang dimaniskan.


p/s  Ni apa main 'terpegang-terpegang' tangan ni?
      ( Emir Luqman )

       Macam mana aku boleh terpegang tangan dia lagi? Dahlah aku terjerit tadi..Huhu.. :(
      ( Aleah Sofiyya )

Friday, 23 December 2011

Andai Kau Tahu (Bab 3)

Sayup-sayup kedengaran suara pengunjung berbual-bual dengan kenalan di dalam restoran atas air itu. Ezry sedang duduk berseorangan di kawasan yang agak tersorok daripada orang ramai. Dia membuang pandangannya ke arah laut yang biru. Matanya dipejam rapat, bunyi deruan ombak yang mendayu-dayu menyapa telinganya.

"Ezry?" kedengaran suara Jessica menampar gegendang telinganya.

Perlahan-lahan Ezry membuka matanya. Dia agak terkejut melihat pakaian Jessica yang seperti tidak cukup kain itu. Gaun hitam itu terbelah sehingga ke paras paha mendedahkan betisnya yang putih gebu. Dada dan tangannya juga terdedah. Ezry menggelengkan kepalanya. Dia berdiri dan membuka kotnya lalu memakaikan pada Jessica.

"What's wrong? You don't like it?" Jessica agak terkilan.

"Yes, I hate it. It's too revealing," Ezry melekatkan pandangannya pada menu. Dia tidak sanggup untuk memandang Jessica.

Masing-masing tidak bersuara. Suara pelayan restoran memecah kesunyian di antara mereka. Selepas memesan makanan, Jessica mula bersuara.

"Ezry, about me converting into a Muslim... Can we change it?Instead of me, how about you convert into mine?"

Ezry menepuk meja kuat, "Are you crazy Jessica?! I can't do that. Plus, you already agreed!" Suara Ezry kuat menyapa telinga Jessica.

Jessica tersentak. Dia tidak menyangka bahawa Ezry akan bertindak sedemikian. Dia memandang ke kiri dan kanan, cuba melihat kalau-kalau ada pengunjung yang terdengar bunyi hentakan itu tadi. Mujur tempat mereka sedikit tersorok. Jessica menghembus nafas lega.

"Well I change my mind, okay? Please, think about it okay?" Jessica cuba memegang tangan Ezry tetapi ditepis.

"Not another word Jessica!"

Muka Ezry berubah kemerah-merahan. Dia begitu marah mendengar kata-kata Jessica. Mana mungkin dia akan berpaling daripada agama Islam.


Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]

Ezry memejamkan matanya. Dia teringat akan maksud surah yang baru sahaja dibacanya. Walaupun dia bukanlah seorang yang sangat warak, namun dia tidak akan sesekali murtad. Ezry membuka matanya dan merenung Jessica dengan tajam. Tangannya digenggam kuat. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Selepas dia yakin rasa marahnya sudah berkurangan, dia mula bersuara.


"Jessie.. Why so suddenly?" suara Ezry sudah kembali tenang.


"I can't... I've been thinking about it and I just can't do it. Please, it's not much of different right? Islam and Christian,


Ezry menarik nafas lagi, lebih dalam..

"Jessica, can you please watch your mouth. Don't say something like that so... casually."

"Oh please, Ezry! You make me sick. You rasa you baik sangat ke? Tadi you angkat I semua tu? Ada you fikir?"


"Jessica!" Muka Ezry merah menahan marah.


"I'm sick of you and your preching, I'm going!" Jessica bangun dan membuka kot yang dipakaikan Ezry sebentar tadi.


"Oh, and I don't need this. You're just jelous because everyone is looking at me," Jessica membaling kot itu kepada Ezry dan berlalu pergi.


Ezry meraup mukanya berkali-kali. Dia beristighfar di dalam hati. Ada betul kata Jessica. Perbuatannya memeluk dan mengangkat Jessica petang tadi adalah salah. Ezry bersandar pada kerusi. Mukanya lesu tidak bermaya.


Perlahan-lahan dia bangun dan meminta pelayan restoran itu membungkus semua makanan yang dipesannya tadi. Usai membuat pembayaran, dia masuk ke dalam kereta BMW hitamnya dan meluncur laju pulang ke tempat penginapannya.

Andai Kau Tahu (Bab 2)

Angin yang bertiup lembut menampar-nampar wajahnya. Rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang dibiarkan lepas dihembus angin. Nafas ditarik dalam. Kaki yang sedang diayun perlahan dibiarkan dibasahi air laut. Selepas beberaapa langkah, dia berhenti lalu berpusing menghadap ke laut. Langit yang kemerah-merahan pada waktu senja dipandang.

"Jessica," satu suara yang cukup dikenali menerpa telinganya.

"Ezry, where have you been?" Jessica berpaling menghadap Ezry. Bibirnya dimuncungkan. Merajuk.

"Sorry love," Ezry merangkul pinggang Jessica. Mata Jessica yang biru kehijau-hijauan direnung seperti meminta simpati.

Jessica meleraikan rangkulan Ezry. Dia menapak beberapa langkah. Kasut yang terletak di bawah bangku disarung sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut. Ezry masih berdiri di tempatnya sambil menikmati keindahan alam. Dalam kepala ligat dia memikirkan cara untuk memujuk Jessica. Memang dia yang salah. Janji hendak berjumpa pada jam 4 petang. Tapi sekarang jam sudah pun menunjukkan pukul 6.30 petang. Bayangkan, dua jam lebih dia lewat. Tetapi bukan dia sengaja, kebetulan tadi dia tertidur di biliknya selepas solat Zuhur. Sedar-sedar sudah pukul 6 petang. Hampir berpuluh missed call ditinggalkan Jessica. Kelam kabut dia bersiap untuk datang ke sini.

Sedang dia memikirkan cara untuk melembutkan hati gadis Cina kacukan Belanda, dia terpandang akan sebatang ranting yang dibawa ombak. Ezry melipat hujung seluarnya dan berlari untuk mengambil ranting tersebut. Kemudian dia berjalan ke kawasan yang sedikit jauh dari gigi air laut dan mula melakar sesuatu di atas pasir.

"Jessica, come here!" Jessica bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke sebelah Ezry. Dia memandang Ezry dengan penuh tanda tanya. Ezry menghalakan jari tulunjuknya ke bawah.





"I love you Jessie and I'm sorry?" bisik Ezry sambil memeluk Jessica dari belakang.

Jessica menguap, "This is so typical Ezry. Can't you do something better?"

Ezry meleraikan pelukannya. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, mencari idea.

"Oh, you want something better eh?" Ezry memandang Jessica nakal.

"Ehem.. I LOVE YOU JESSICA!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Ezry menjerit dengan sekuat-sekuat hati membuatkan pengunjung di situ menoleh ke arah mereka. Ada yang membuat muka menyampah, ada yang menggelengkan kepala dan ada juga yang tersenyum.

Mata Jessica terbeliak memandang Ezry. Dia tidak sangka Ezry akan buat perkara yang memalukan seperti itu. Jessica menampar kuat lengan Ezry, "Ez, are you crazy?! You're embarassing me!"

Ezry menggosok-gosok lengannya yang terasa pedih dek tamparan Jessica. Merah tangan aku dibuatnya.

"You ni, first you  lambat, and now this? I'm going back to my room!" Jessica melangkah pulang ke tempat penginapannya.

"Aaaaaaaa!!!!!!!!! Ezry!!!!!" Jessica menjerit sebaik sahaja dia terasa badannya melayang di udara. Ezry mengendong Jessica dan berjalan ke arah gigi air.

"Do you want to forgive me or not?" Ezry tersenyum nakal.

Kelam-kabut Jessica apabila Ezry cuba mencampaknya ke dalam air, "Ye, ye! I maafkan you! and believe me, I tak nak merajuk dengan you dah!"

Sebaik sahaja Ezry ingin mencampak Jessica ke dalam air, dia terdengar suara azan berkumandang dari masjid yang berdekatan. Dia menurunkan Jessica dan meraup-raup mukanya. Ezry seakan-akan baru sedar akan perbuatannya. Dia beristighfar di dalam hati.

"Jess.. I nak pergi solat. You wanna come?" Ezry seperti memujuk Jessica.

"Ezry, please don't force me? I need time."

"Alright then. I'm going back to my room. Nak siap. I'm wet! You better go too, I'm taking you to dinner," Ezry memandang Jessica sekilas sebelum berlalu pergi.

"I'm sorry but I can't," kata-kata Jessica hanya Tuhan sahaja yang dengar.

Thursday, 22 December 2011

KLIA (4)

Ini panggilan terakhir kepada para penumpang pesawat MalaysiaPunye AC557 ke Kota Kinabalu.....

"Wei, macam mana ni? Aku nak duduk dengan korang. Nanti ntah sape-sape duduk sebelah aku. Sara, cuba bayangkan aku kena duduk dengan lelaki ke, orang yang banyak cakap ataupun orang tu badan dia berbau ke..wei, aku tak nak!!!.' Leah merungut sendiri dan mula membayangkan yang bukan-bukan.

Bulat mata Sara dan Zila apabila mendengar rungutan Aleah.

"MasyaAllah! Apa yang kau merepek ni? Boleh tak kau relax dan berfikir macam orang normal kejap?" ujar Sara sambil matanya memandang tepat ke arah rakannya itu.

"Ntah kau ni Leah. Janganlah nak fikir jauh 'bebenor'. Kau duduk jauh sikit je daripada kitorang. Alah, aku rasa yang duduk sebelah kau nanti perempuan. Trust me!" sambung Zila.

"Yelah sangat, mana kau tahu?" balas Aleah. Hatinya berasa tidak tenang memikirkan siapalah yang akan duduk di sebelahnya. Arrrgh!

Sara cepat-cepat mengambil begnya.

"Korang, dahlah tu. Semua orang dah beratur dah ni. Cepat angkat beg korang" Ujar Sara yang telah mula mengatur langkah ke arah barisan di hadapan pintu keluar ke pesawat mereka.

Hati Aleah mula berasa berdebar-debar. Aleah masih berasa tidak puas hati dengan rakannya yang baru sebentar tadi memberitahunya yang dia terpaksa duduk di barisan yang lain di dalam pesawat nanti. I'm dead!!

"Relaxlah Leah, you will be just fine.." Ujar Sara yang sedari memerhatikan rakannya yang muram. Rasa bersalah mula bersarang dalam dirinya.

"Hmm..." Balas Aleah dengan senyuman yang , mungkin tidak ada makna.

                                <3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3

"Cik, tempat duduk cik di baris keempat ya" kata pramugari cantik bernama Maria itu kepada Aleah.

"Aleah, kita duduk dekat jelah. Kitorang baris kedua.." Ujar Zila untuk menenangkan atau lebih kepada menceriakan hati rakannya itu yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Dekat kau cakap? Jauhlah.." balas Aleah acuh tak acuh. Matanya melilau-lilau mencari tempat duduknya, Seat E4.

Oh, tidak!!!!!!!!!!!

Aleah mula berasa tidak tentu arah apabila dia dapat melihat dua susuk tubuh lelaki berada di sebelah tempat duduknya.

"Betul ke tu tempat duduk aku? Ya Allah, aku harap bukanlah..." bisik Aleah perlahan dalam hatinya.

Aleah berjalan perlahan ke barisan tempat duduk di mana dua orang jejaka telah memenuhi dua tempat duduk di sebelahnya.

Tidak, tidak, tidak, TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jerit Aleah dalam hati. Kalau boleh mahu sahaja dia menjerit kuat-kuat biar satu pesawat atau satu KLIA ni dengar.

Tanpa bersuara atau berkata sepatah pun, Aleah terus duduk di sebelah lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya itu.

" Nasib baik aku tak kena duduk kat tengah-tengah, kalau tidak harulah nanti. Ish, Zila ni tipulah. Dia kata perempuan yang duduk sebelah aku...tengok-tengok lelaki. Dua orang pulak tu.." ujar Aleah perlahan. Dia meraup-raup mukanya.

Pleaselah cepat sampai..................

"Apa cik?"

Cop-cop!! Macam pernah aku dengar suara ni, tapi di mana ya?

"OMG!!!!!!!!!!!! Ni suara orang yang aku langgar tadi. Dia tanya aku ke tadi?" katanya dalam hati.

"Nak pandang ke tak? Ke tak payah? Tapi tak baik kalau kita cakap dengan orang tapi tak pandang muka dia" Aleah berteka-teki dengan dirinya sendiri. Sempat pulak.............

Aleah memusingkan kepalanya.

"Nothing encik...." Ujar Aleah sepatah.

"Ni kenapa pandang aku macam tak pernah tengok orang ni? Tahulah aku tak lawa.." gumam Aleah dalam hati.

"Sampai tak berkelip mata pandang aku?" Aleah membetulkan posisi duduknya sambil mulutnya tidak berhenti-henti mengomel.

"Saya berkelip laa..."

"Eh, dia ni manusia ke apa? Semua benda dia dengar.." Rungut Aleah perlahan.

"Encik, jangan salah faham.. saya bukannya..."

"Takpe, saya faham.." potong Emir.

Aleah hanya mengukir senyuman yang nampak sangat dibuat-buat. Tangannya sibuk mencari-cari seatbeltnya.

Oops.............

"Tangan siapa pulak aku terpegang ni? Takde tangan orang lain dah, mesti tangan dia...."

" Ya Allah. encik..sorry saya tak sengaja terpegang...saya nak cari...." kelam- kabut Aleah ingin menerangkan situasi sebenar. Merah padam muka Aleah menahan malu.

"Takpe, saya faham..." potong Emir.

"Dia ni takde ayat lain ke?????????????? Aku dah tahan dowh!!!!!!!!!!!" Aleah menjerit lagi, tanpa bersuara.


p/s  Boleh tak jangan nak menyampuk bila aku tengah cakap?
      (Aleah Sofiyya)

      Muka aku merah padam ke? Janganlah dia perasan....
      (Emir Luqman)

Wednesday, 21 December 2011

KLIA (3)

"Okay papa, Leah ingat semua pesan papa. Papa ni bagi nasihat macam Leah nak pergi oversea je" kata Aleah kepada papanya yang dari tadi tidak henti-henti memberikan nasihat kepada anak emasnya itu. 

Sejak arwah isterinya meninggal dunia lima tahun yang lalu, Encik Emran lah bapa dan Encik Emran jugalah ibu kepada Aleah. Tidak dapat dinafikan Aleah sangat manja dengan Encik Emran.

" Leah tu kena ingat, Leah tu perempuan, anak dara pulak tu. Zaman sekarang ni bahaya Leah" Encik Emran mengingatkan satu-satunya anak perempuannya.

" Leah janji dengan papa, Leah akan ingat semua pesan papa. Okay?" balas Aleah sambil meraih tangannya papanya.

" Papa tahu Leah boleh jaga diri.Kalau ada siapa-siapa nak kacau Leah, Leah call je papa. Papa terus fly ke Sabah" Encik Emran menggenggam tangan anaknya erat-erat, seperti tidak mahu melepaskan anaknya pergi bercuti di Sabah bersama rakan-rakannya.Memandangkan Aleah baru sahaja tamat peperiksaan SPM,dia berasa bersalah pula jika tidak memberikan keizinan kepada anaknya itu. Jika ikutkan hati, Aleah tidak akan ke Sabah hari ni...

"Papa, dah lewat ni" Aleah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan papanya. Encik Emran terus memeluk anaknya.

Selepas bersalam, dia bergegas ke balai berlepas sambil menolak troli yang telah diletakkan begnya.

Aleah melajukan langkahnya, tetapi fikirannya menerawang. Tiba-tiba dia berasa bimbang akan ayahnya yang kini tinggal di rumah keseorangan.

Gedebush!!! 

Troli kepunyaan Aleah melanggar sebuah troli lain.

"MasyaAllah! Maaf encik saya tak sengaja" ujar Aleah kepada pemuda yang sedang memandangnya.

" Takpelah cik, saya faham" balas Emir.

" Apa yang dia ni faham?" bisiknya dalam hati.

"Okaylah, cik. Saya ciao dulu!" sambung Emir.

"Ciao?" Aleah tidak pernah mendengar perkataan itu sebelum ini. Bahasa apa tu?

" Apa cik?" Emir memusingkan kembali badannya menghadap gadis yang berbadan kecil di hadapannya itu.

"Ha? Eh, takde apa-apa" Pantas Aleah menjawab.

"Eh, dia ni dengar pulak. Kuat sangat ke aku cakap tadi?" Gumamnya dalam hati.

"Okay.." Emir meneruskan perjalanannya.

p/s Siapa nama dia? ... :)
     (aleah)

     Apalah, ciao pun tak tahu. Dia ni duduk kat pedalaman mana?
     Lepas tu berangan pulak tu tadi....hmmm...
     (emir)

KLIA (2)

Kedengaran lagu Mr. Saxobeat nyanyian Alexandra Stan dimainkan oleh telefon bimbit Emir.

"Aahh!! malasnya nak bangun! Mengantuk dowh.." gumam Emir seorang diri.

Tangannya pantas mematikan alarm telefon bimbitnya.

Emir mengagahkan juga dirinya untuk membuka mata dan bangun. Jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia kembali menyambung mimpinya yang terhenti sebentar tadi.

"Kang lewat tak pasal-pasal kena bebel dengan Izz" bisik hati kecil Emir. Dia terus mencapai tualanya dan bergegas ke bilik air.

Emir teringat kembali perbualannya dengan Izz malam kelmarin.

"Wei, esok kita check in pukul 9 lebih-lebih, so kita jumpa dekat KLIA pukul lapan, boleh?" Izz bersuara sambil tangannya busy dengan iPADnya. Entah apa yang dibuatnya.

"Hmm..beres!" balas Emir, bersemangat. Sudah lama dia tidak ke Sabah. Apalah yang dah jadi dengan negeri di bawah bayu ini.

"Amboi, semangat nampak!" Ada apa-apa ke?" Izz mematikan iPADnya.

"Banyaklah kau! Dahlah aku nak blah dulu, assalamualaikum!" Emir terus bangun.

"Lek lah, aku main-main je dowh. Air kau pun tak habis lagi" Izz memujuk.

"Aku tak packing lagi lah, dahlah ciao!"Emir pantas keluar daripada kedai mamak kegemaran mereka itu. Entah apa yang special sangat dekat kedai tu.

" Apa dowh, sanggup dia meninggalkan aku seorang diri di kedai mamak ini?" Izz bercakap sendiri.

Emir mengangkat begnya ke tingkat bawah. Matanya melilau mencari seseorang.

"Mir dah siap?" tanya Puan Sarimah.

Emir terkejut."Ya Allah! Umi ni buat terkejut Mir jelah" Emir mengusap-usap dadanya.

Puan Sarimah sibuk menyediakan sarapan di dapur, Dia menjenguk dari dapur.

"Laa, sorrylah mir. Umi salah tak bagi salam dulu" Puan Sarimah hanya tersenyum.

" Takpelah umi, umi mana abang Zarif? Mir dah lambat ni" tanya Emir kepada uminya.

"Dia tengah bersiap lah tu agaknya, kalau ye pun lambat, marilah sarapan dulu" balas Puan Sarimah lembut.

" Yelah umi, nak check barang ni kejap. Kot-kot ada yang tertinggal"

"Nanti panggil abang Zarif kamu sekali ya!" Puan Sarimah kembali membancuh teh panas yang terhenti sebentar tadi.

KLIA (1)


perlukah kita bertemu dan berpisah di sini?


"Papa, lajulah sikit bawa kereta ni! Leah dah lambat ni, takut tak sempat check in"

Aleah seperti cacing kepanasan, tidak senang duduk.

"Menyesalnya aku bangun lewat pagi ni. Tulah pandai sangat tidur lewat malam tadi. Tapi nak buat macam mana ada movie best semalam". Bisiknya dalam hati. Aleah mengingati semula filem yang ditontonnya semalam, filem cinta.

"Dah laju ni, mana boleh laju lagi, nanti langgarlah kereta-kereta dekat depan ni" Ujar Encik Emran dengan nada gurauan.

Tiba-tiba...

"Aahh!!!"

Kereta yang dipandu Encik Emran dibrek secara mengejut menyebabkan Aleah terdorong ke hadapan.

"Papa! kenapa papa brek mengejut ni? Nasib baik Leah sempat pegang cushion kerusi ni, kalau tidak Leah dah sampai ke depan tau" Hati Aleah seperti hendak luruh. Dia mengusap-ngusap dadanya.

"Kereta kat depan ni, boleh pulak dia brek tiba-tiba. Nasib baik sempat brek" balas Encik Emran.

"Alhamdulillah tak jadi apa-apa, kalau tak... " Encik Emran membayangkan keadaan keretanya jika dia tidak sempat memberhentikan keretanya. Ataupun mereka mungkin akan cedera. Syukur-syukur..

"Leah, cuba duduk diam-diam,dah macam lintah kepanasan papa tengok. Ni tak, dahlah tak pakai seatbelt. Tu yang nak 'terbang' ke depan tadi" Encik Emran menegur.

"Papa, bukan lintah lah, cacing! Apalah papa ni" Aleah cuba menahan ketawanya daripada meletus, bimbang papanya terasa hati.

"Okay, Leah nak pakailah ni. Sorrylah papa, jangan marah eh?" Ujar Aleah dengan nada yang agak manja.

"Bila pulak papa pernah marah Leah. Leah kan intan payung papa" Balas Encik Emran sambil menyambung kembali pemanduannya yang terhenti sebentar tadi.

Aleah hanya menghadiahkan segaris senyuman kepada papanya...

Monday, 12 December 2011

Andai Kau Tahu (BAB 1)

2002

Cincin di jari direnung. Tanpa sedar, senyum terukir di bibir. Dalam hati dia mengucap syukur kepada Ilahi.
Bulan dilangit dipandang penuh khusyuk. Subhanallah, cantiknya....




Saudara mara sudah berkumpul di ruang tamu. Rombongan pihak lelaki juga sudah sampai. Kesemuanya datang dengan lima buah kereta. Barang hantaran juga sudah disusun cantik di tengah-tengah ruang tamu.


Tuk!! Tuk!!


" Qasya dah siap? " suatu suara menampar gegendang telinga Qasya.Qasya menoleh ke belakang. Kelihatan Airina Azirah, kakak kepada Airy sedang berdiri di sebalik muka pintu yang terbuka separuh.


Qasya cuma mengganguk. Perlahan-lahan dia bangun lalu berjalan mendekati Kak Airina.


" Qasya ok? " soal Airina, prihatin.


" Erm, cuma gelabah sikit je" jawab Qasya jujur.


" Tak apa. Relax je. Tunang baru " Qasya cuma tersenyum mendengar kata Kak Airina.


Mereka berdua berjalan bersama-sama menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Perlahan-lahan Qasya berjalan ke tempat duduk yang disediakan. Airina awal-awal tadi sudah duduk sebelah suami dia. Sebaik sahaja Qasya duduk, kelihatan ibu Airy, Puan Harlina berjalan ke arahnya. Dada Qasya berdegup kencang.


Pn Harlina duduk bersimpuh dihadapan Qasya. Cincin tunang dikeluarkan dari bekasnya. Tangan Qasya hulurkan. Sesaat..dua saat..tiga saat.. Cincin itu selamat disarungkan ke jari manisnya. Tanpa sedar air mata mula bergelinangan. Mata dikelipkan berkali-kali. Tangan Puann Harlina dicium dengan penuh hormat. Qasya terasa kepala diusap lembut. Dalam hati dia berdoa, moga-moga hubungan ini berkekalan hingga ke alam perkahwinan.






Telefon bimbit Nokia N95 milik Qasya berbunyi nyaring lantas menyedarkan dia daripada lamunanannya. Kaki diayun ke arah meja belajar. Telefon diambil. Butang answer ditekan.


" Hello " orang disana menyapa.
" Assalamualaikum " Qasya membalas, sedikit memerli.
" Hehehe... Wa'alaikummussalam " Qasya tersenyum.
" Orang tu tengah buat ape? " soalnya.
" Tengok bulan " jawab Qasya sambil melangkah ke jendela bilik tidurnya.
" Owh. Samalah kita."
" Cantik kan?"
" Erm, cantik. Macam orang tu."
 Darah berderau turun dari muka.
" Thanks " balas Qasya sepatah.
" Kenapa cakap thanks?"
Aik? Lagi mau tanya. Dah dia puji, orang cakaplah thanks.
" Yelah, sebab puji " jawab Qasya sedikit pelik.
" Bila pula orang puji dia "
Sudah.. dah tu, tadi dia puji siapa?
" Habis tadi tu apa? "
" Tadi tu orang puji someone else. Ada orang tu perasan"
Sekali lagi, Qasya terasa mukanya semakin panas. Macam baru disimbah dengan sebaldi minyak cap kapak. Malu.
" Oh," Suara Qasya berubah sedih.
Senyap.
Sesaat...dua saat...tiga saat...


Kedengaran tawa meletus.
'Kureng! Dia gelakkan aku lah tu' bisik hati kecil Qasya


" Kenapa gelak? " suara Qasya berubah nada daripada sedih kepada marah. Marah-marah manja.
" Ada orang tu jelous lah " jawab Airy dalam tawa.
" Mana ada " Dalam hati dah ' Kantoi...'
" Orang gurau jelah. Sebenarnya orang tadi tu Qasyalah. "


Qasya terkedu.
Senyap.
Sesaat...dua saat..tiga saat...
Sampailah Qasya terdengar bunyi piano dimainkan. Qasya terkedu. Tanpa sedar, air matanya mula bergelinangan sebelum jatuh ke pipi.


Berakhir sudah pencarianku,
Jiwa ini tak lagi sepi,
Hati ingin telah ada yang miliki,


Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri


Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu
Seumur hidupmu


Aku akan menyanyangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu disisimu
Seumur hidupmu




Qasya diam. Leka mendengar nyanyian Airy.


 "Touched eh?" Suara Airy menyapa gegendang telinga Qasya.


 Qasya tersedar.
" Erm, mana ada. Orang tengah tengok jiran sebelah ni. Handsome!" dalih Qasya cuba menutup malu.


Nampak benar menipunya. Macam orang tak tahu yang jiran dia dua-dua belah perempuan.
" Gatal! Tak sedar diri tu tunang orang. Humph.."


" Hahaha...orang gurau jelah. Mestilah terharu, " Qasya memujuk.


Suasana kembali sepi. Masing-masing diam tidak bersuara.


" Airy, thanks for loving me and becoming my soulmate." Qasya bersuara, perlahan.


" Qasya, every moment I spent with you is like a beautiful dream comes true. I love you " ujar Airy penuh romantis.


' I love you too...' ujar hati Qasya. Air mata yang mengalir segera diseka.

Andai Kau Tahu (Prolog)

1997

"Awaaaaak!!!! Tunggu!!" seorang lelaki sedang mengejar seorang perempuan. Perempuan tersebut berada dalam keadaan ketakutan.

"Pergilah! Jangan kejar saya! Saya tak kenal awak! Tolong!!" perempuan itu menjerit meminta tolong. Dia berlari dengan laju sehingga ke jalan mati. 'Mampus aku, jalan mati pula!' Dia cuba untuk berpatah balik. Tetapi, malang sekali, lelaki tersebut berada betul-betul di belakangnya. Lelaki itu tunduk mengambil nafas. Barangkali penat kerana berlari. 

"Lajunya awak lari. Penat saya nak....... Aduh!!" Lelaki itu mengerang kesakitan kerana disepak dicelah kelangkang oleh perempuan yang dikejarnya. Dia terduduk menahan kesakitan. 

"Kau nak apa?! Kenapa kau kejar aku?!" Perempuan itu memberanikan diri. Dia berada dalam keadaan kekuda, bersedia untuk membuka langkah jika lelaki itu cuba mengambil kesempatan.

"Ni.. Do..mpet awak. A...wak terting..gal de...de..kat ke..las," kata lelaki itu tersekat-sekat kerana terlalu sakit sambil menghulurkan dompet bewarna biru laut.

'Hah? Dompet aku??' Perempuan itu terkejut. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket. 'Betullah, tak ada!'

"Errr.. terima kasih.....err.. siapa nama awak?" Perempuan itu mengambil dompetnya sambil tersengih-sengih.

"Qasya, awak tak kenal saya ke? Sampai hati awak. Kita sama kelas dah dekat lima bulan," lelaki itu mendongak memandang Qasya. Matanya berair. Sakit.

"Airy??!!" Qasya separuh menjerit. 'Airy Ariffyn??!!' Qasya sambung menjerit di dalam hati.

"Penat saya kejar awak. Nak pulangkan dompet. Pastu free free kena sepakan maut awak. Kalau saya mandul nanti awak kena bertanggungjawab! Awak kena kahwin dengan saya. Biar padan muka awak tak dapat anak," Airy memandang Qasya dengan serius.

"Alaaaa... Janganlah macam tu. Saya... Saya tak sengaja. Salah awak juga sebab tiba-tiba kejar saya. Mestilah saya lari. Saya perempuan, awak lelaki. Saya tak perasan muka awak. Saya ingat awak orang jahat. Saya lari lah. Awak tak boleh lah nak paksa saya nak kahwin dengan awak. Saya tak nak.. Saya nak belajar pandai-pandai dulu. Lagipun, saya sepak tak adalah kuat sangat," Qasya membalas kata-kata Airy tanpa rasa bersalah.

Muka Airy semakin merah. "Qasya Hanaa, awak kata tak kuat?! Awak nak saya sepak awak dekat tempat yang sama?!" 

"Eeee, sepak perempuan. Tak malu ke? Lagipun, mak saya ajar. Kalau ada orang nak ambil kesempatan dekat kita, kita sepak celah kelangkang dia," Qasya menerangkan kepada Airy sambil membuat gaya. Tanpa dia sedari, dia tersepak ranting kayu lalu terjatuh ke tanah.

"Aaaaah!!" Qasya menjerit.

Melihat kejadian itu, Airy tergelak terbahak-bahak. Dia menekan perutnya kerana terlalu kelakar. Matanya berair kerana gelak terlalu kuat.

"Hoi, tak ada adab ke? Tahu tak gelak kuat-kuat tak elok. Keluar semua ilmu. Tu lah, masa ustaz mengajar, dia buat tahi mata dekat belakang," Qasya memarahi Airy. Qasya bangun lalu menepuk-nepuk belakang baju sekolahnya yang berdebu.

Airy menutup mulutnya. Malu. 'Tak guna, dia kutuk aku,' bisik hati Airy.

"Tu lah, sepak orang lagi. Padan muka!" Airy mengenakan Qasya semula.

"Berdendam tu tak baik. Tak apa, disebabkan saya ni baik. Saya nak minta maaf dan terima kasih sebab pulangkan dompet saya. Banyak barang berharga dalam ni." Qasya membuka dompetnya, dan memeriksa jika terdapat barang yang hilang.

Airy memandang Qasya dengan muka menyampah, 'baik la sangat!'

"Qasya, awak ni dalam kelas pendiam tapi dekat luar, mulut macam...burung belatuk," Airy memerli Qasya.

"Alah, awak tu. Dalam kelas macam murai, kat luar pun sama!" balas Qasya.

"Tengok tu, menjawab! Dahlah, jom balik," Airy menghulur tangannya kepada Qasya.

Qasya memandang tangan Airy dengan pelik, "Apa ni?"

"Saya pimpin awak, kaki awak sakit kan?" Airy memandang kaki Qasya yang merah.

"Amboi, amboi, amboi! Banyak cantik! Encik Airy, saya sarankan awak pergi ke kelas agama. Belajar balik dari asas. Siapa yang bagi kebenaran dekat awak untuk pegang orang yang bukan muhrim? Ish.. Dah la, tepi sikit! Saya nak balik. Kalau awak nak tolong sangat, bawak kasut saya yang dah koyak tu," Qasya menghalakan jari telunjuknya ke arah kasut sekolahnya yang berada agak jauh dari mereka.

"Hah? Macam mana boleh sampai situ?" Airy memandang kasut Qasya dengan pelik.

"Memang sempat lah saya nak tengok macam mana kasut tu terpelanting sampai situ masa saya jatuh tadi," kata Qasya dengan sinis.

"Humph, singa. Nak minta tolong lepas tu marah-marah," suaranya diperlahankan. Takut jika didengari Qasya.

"Apa awak cakap?!" Qasya yang terdengar perkataan 'singa' daripada mulut Airy memandang Airy dengan pandangan yang tajam.

"Takda apa-apa lah!" Airy mengutip kasut Qasya dan berlalu pergi. 'Dia dengarlah pula!'

'Tak guna. Kau panggil aku singa. Tak apa, tak apa. Sabar Qasya. Sabar tu separuh daripada Iman.' Qasya bermonolog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...